Monday, 27 May 2013

Tuntutan anak muda generasi baru.........

    Berikutan himpunan demi himpunan diadakan oleh golongan anak muda yang menuntut keadilan dan demokrasi tulen sejak kebelakangan ini, pimpinan pakatan rakyat nampaknya akur dengan kehendak anak muda ini. Pimpinan pakatan rakyat nampaknya lebih matang dan memandang golongan muda sebagai pelapis memimpin negara. Penahanan Adam Adli memberi gambaran bahawa bukan sahaja golongan muda sahaja yang menyokong pendangan terbuka beliau.. Golongan muda sekarang banyak memainkan peranan dalam membangkitkan semangat demokrasi tulen di kalangan rakyat yang menampakkan hasil dalam menyatukan semua bangsa di Malaysia. Demikian juga kehadiran golongan muda ke himpunan menuntut keadilan di seluruh malaysia. Di sini saya sertakan gambar-gambar kebangkitan rakyat menentang kezaliman dan penipuan.


Ini menunjukkan bahawa semangat kebangkitan rakyat semakin terserlah. Semangat ini ditiupkan oleh pula oleh pengerusi SPR dan juga timbalannya yang samasekali enggan menerima atau mendengar pendapat-pendapat anak muda ini.. Bila dikemukakan bukti, mereka menjawap seolah-olah tidak mahu bertanggungjawap terhadap tugas yang diamanahkan pada mereka. Lihat wajah-wajah anak muda ini.......
Apa yang mereka mahukan sebenarnya..?? Wang...?? Harta...?? Pangkat...?? Darjat...?? Makanan...??
Pernahkah menteri dalam negeri menyelami kehendak mereka ini...?? Kenapa mereka mampu mengajak pemimpin pakatan rakyat turun berhimpun secara aman dan memaksa para pemimpin Pakatan untuk menggunakan warna-warna baju pilihan mereka...?? Inilah kuasa rakyat... Adakah orang muda ini dihasut, diperdaya, dipaksa atau diberi upah untuk turun berhimpun cara aman...?? Adakah orang muda ini ditipu dengan sesuatu janji sehingga mereka sanggup berhimpit di padang atau stadium..?? Tidak samasekali... Kenapa kerajaan bn tidak mahu sekalipun memahami kehendak mereka.. Jangan tunggu sehingga kemuncak baru mahu mengikut rentak mereka.. Jangan tunggu sehingga parah baru mahu mengalah.. Percayalah, orang muda ini bakal mewarnai politik Malaysia suatu hari nanti jika dilihat dari keazaman, keinginan dan tekad mereka.
Lihat saja gambar ini... Undang-undang double standard digunakan oleh kerajaan memaksa golongan muda bersuara melalui cara mereka kerana mereka tahu suara mereka tidak mungkin didengar di peringkat atasan.... Kita di negara demokrasi.. Ibrahim Ali bebas bersuara mengikut kehendak dia sendiri dan kandungan ucapan beliau sangat-sangat tidak profesional dan berbaur ugutan... Kenapa tiada tindakan kepada beliau....?? Adam Adli berucap "kita mahukan demokrasi... Kita akan turun ke jalanraya jika suara kita tidak diambil peduli oleh kerajaan"... Adakah ini hasutan..?? Dia cuma gunakan kebebasan dia untuk bersuara tetapi dia disumbat dalam lokap selama 4 hari.. Berbahaya sangatkah Adam Adli terhadap negara sehingga pihak berkuasa terpaksa menahan beliau dengan alasan untuk keselamatan negara...?? Apa guna kita mendapat pendidikan dan fikiran kita lebih terbuka untuk mengetahui apa yang benar dan apa yang salah. Ilmu di dada membuatkan kita lebih berani menentang sesuatu yang tidak betul.. Kita harus gunakan ilmu yang kita ada untuk menyedarkan orang di sekeliling kita... Bangkit bersama menuju ke arah negara yang lebih maju, intergriti dan profesional.. Tingkatkan tahap mentality kita ke satu taraf yang tidak pernah di capai sebelum ini...
komen anda tanggung sendiri... Lu komen lebih, lu tanggung lebih..

No comments:

Post a Comment