Saturday, 18 January 2014

Mengapa Perang Sampit di antara Dayak dan Madura terjadi dan adat mengayau(potong kepala)kaum Dayak dibangkitkan kembali pada masa itu?

Okey, disini admin ingin mengingatkan bahawa kaum Dayak bukanlah kaum yang sukakan keganasan tapi mereka akan melawan jika dipijak dan dihina berulang kali.

Pihak Dayak terkorban: 100 orang
Pihak Madura terkorban : melebihi 1000 orang(majoritinya tanpa kepala). Lebih 100,000 orang Madura menjadi pelarian.

Punca : Kezaliman dan kekerasan kaum Madura yang merupakan kaum pendatang yang pada mulanya sampai ke tanah Kalimantan (Borneo) pada tahun 1930 melalui proses transmigasi oleh kerajaan kolonial Belanda dan mulai daripada itu meluaskan pengaruh mereka melalui kekerasan dan pembunuhan ke atas orang Dayak yang merupakan penduduk asal pulau itu.

Pada mulanya, mereka meminjam tanah daripada kaum Dayak untuk membina penempatan sementara dan bercucuk tanam tapi lama kelamaan mulai mengisytiharkan tanah2 itu milik mereka. Perundangan baru juga telah membuka jalan bagi orang2 Madura untuk merampas peluang perniagaan dan pekerjaan daripada orang2 Dayak.

Puncak kepada segala kekerasan mereka adalah pada 18/02/01 apabila mereka telah membakar rumah dan kenderaan orang2 Dayak di sekitar Sampit kerana salahsangka dalam kes pembunuhan. 3 orang Dayak terbunuh pada masa itu, Orang Madura mulai menguasai Sampit dan memburu saki baki orang2 Dayak di daerah itu menggunakan kenderaan ataupun berjalan kaki. Ratusan orang2 Dayak, Jawa, Banjar dan Tionghoa mulai menjadi pelarian.

Mulai 20/02/01, ribuan kaum Dayak dari daerah lain dan pedalaman datang menyerbu kota Sampit untuk menyelamatkan mereka yang tertinggal. Terjadilah pertempuran sengit dan kaum Madura mulai melarikan dri ke hutan dan daerah sekitarnya. Pemburuan kaum Madura pun dijalankan sehingga ke daerah2 berhampiran Sampit.

28/02/01, Lebih 100,000 orang Madura melarikan diri dari Pulau Borneo dan Perang Sampit diisytiharkan tamat dengan rasminya.

Selepas peristiwa itu, ramai saksi mengatakan bahawa orang2 Dayak telah menggunakan ilmu kesaktian sehinggakan tidak lut senjata dan boleh membezakan samada seseorang itu keturunan Madura atau tidak dengan menghidu bau badan mereka. Jadi tidak heranlah pada masa itu, kaum2 lain langsung tidak disentuh oleh kemaraan kaum Dayak kerana dendam mereka hanya pada kaum Madura. 

No comments:

Post a Comment