Wednesday, 12 February 2014

                                  Kesegaran minda mampu mengubah halatuju negara

RENUNG2KANLAH ..TANYA PADA DIRI KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG MEMPUNYAI HAK DAN SUARA ..JADILAH RAKYAT YANG MEMPUNYAI WAWASAN.!!!

Jika ditanya bangsa apa, maka saya akan jawab; "Saya bangsa Malaysia (I'm Malaysian )" Dalam masa yang sama, saya tidak pernah menafikan saya berketurunan Orang Ulu/Kenyah. Saya amat cintakan Bahasa Kenyah, bahasa ibunda saya. Saya cintakan adat yang dibawa oleh orang Kenyah/Orang Ulu. Penyataan yang paling sesuai bagi saya adalah; "Saya bangsa Malaysia yang berketurunan Kenyah."

Bagi saya, bila saya mecintai seseorang, siapapun dia maka saya akan cintainya. Tetapi jika ada kekurangan padanya, saya akan mengubahnya agar dia menjadi lebih baik. Saya tidak akan membiarkan dia dalam kesilapan yang selama-lamanya.

Jika saya ingin melaksanakan cinta saya kepada negara, walau bagaimanapun negara saya maka saya akan mecintainya. Tetapi tidak bermakna saya mahu membiarkan kesilapan yang berlaku pada negara saya terus-menerus berlaku.

Sering ketika saya berjumpa dan berborak dengan orang yang pro-Mubarak di Mesir, mereka menyatakan adalah mustahil untuk mengubah negara mereka menjadi sebuah negara yang hebat. Walau sesiapapun pemerintah Mesir, maka Mesir akan tetap Mesir. Kenyataan ini menunjukkan dia bukanlah seorang yang cintakan negara. Kerana mereka hanya berkata-kata tanpa usaha untuk mengubahnya.

Saya juga tidak setuju bila ramai para remaja menyatakan mereka sudah bosan dengan politik Malaysia yang kotor, lucah dan teruk. Remaja seperti ini menyatakan jiwa mereka kosong, kosong dari permainan politik Malaysia. Seperti tiada jalan keluar untuk membersihkan permainan politik di Malaysia. Kenyataan ini menunjukkan bertapa anda tidak langsung mencintai negara anda, mahu melihat negara anda ke arah perubahan yang lebih baik.

Bagaimana dahulu negara Barat berada dalam zaman gelap kerana kuasa Raja menguasai politik mereka, mereka berjaya ubah perkara tersebut dengan keinginan mereka sendiri. Bagaimana Jepun yang dulu musnah kerana pengeboman di Hirosyima dan Nagasaki, rakyat Jepun berjaya membina negara mereka dari negara ketenteraan yang hancur sehinggakan menjadi negara yang berteknologi tinggi.

Jangan pernah mengalah dalam mengubah Malaysia, negara yang kita cintai kepada negara yang lebih baik. Negara kita sekarang dikuasai oleh siasahwan yang amat teruk nilai intigriti dan pemikiran mereka. Rasuah berleluasa tanpa batasan.

Dari sudut agama, saya amat menghormati perjuangan pemimpin-pemimpin gereja yang tidak putus-putus memberi didikan demi kelangsungan moral para umat. Memang tidak dinafikan arus kemodenan telah melalaikan para remaja hanyut ke dalam dunia kegelapan. Tetapi kerana kemantapan dalam institusi gereja telah membuktikan bahawa kita berjaya menolak pelbagai gejala mahupun dugaan. Para remaja ini yang akan memimpin kita di masa hadapan dan oleh sebab itu mereka harus memiliki moral yang tinggi. Tak kira di peringkat persekutuan atau peringkat negeri/daerah, kita harus membuktikan bahawa moral kita di tahap terbaik dan patut dijadikan contoh oleh segenap lapisan masyarakat.

Saya yakin, bukan saya sahaja yang menginginkan kepimpinan di Malaysia disamping maju dalam ekonomi, teknologi, pendidikan dan pembangunan. Saya mengharapkan agar saya dan anda semua tidak akan pernah mengalah dalam mengubah Malaysia ke arah yang lebih baik, dalam posisi kita masing-masing.

No comments:

Post a Comment