DALAM sebuah kampung tinggal seorang tua kedekut, bernama Pak Ali.
Pak Ali ada dusun durian, dia menjual durian kepada rakan-rakannya Pak Abu, Pak Hamid, Pak Jamal dan Pak Kassim dengan harga RM2.70 sekilogram.
Rakan-rakan Pak Ali pula akan menjual semula durian yang dibeli daripadanya kepada anak-anak dan saudara mereka dengan harga yang lebih mahal, ada yang jual RM3.00, RM3.20 dan RM3.80 sekilogram.
Pak Ali juga menjual durian yang dipungut dari dusun kepada anak-anaknya dengan harga RM2.70 sekilogram.
Anak-anak Pak Ali sering merungut dengan harga durian yang dijual oleh bapanya itu disifatkan sangat mahal.
"Apalah bapak ni? Dengan anak sendiri pun jual durian harga mahal! Padahal bapa kutip je dari dusun bapak sendiri" kata anak Pak Ali merungut.
"Aku jual durian RM2.70 sekilogram pada kamu, harga durian aku ni murah!" kata Pak Ali.
Pak Ali menyambung hujahnya "Kalau kau tak percaya harga durian aku ni murah, cubalah beli durian dari kawan-kawan aku si Abu, Hamid, Kassim atau Jamal"
"Harga durian aku paling murah berbanding kawan-kawan aku yang lain" kata Pak Ali sambil menyuruh anaknya bersyukur.
No comments:
Post a Comment