SEORANG kanak-kanak berusia 6 tahun ditangkap oleh seorang peniaga kerana mencuri sebotol ubat batuk.
Peniaga itu memarahi dan mahu menampar kanak-kanak itu.
Mujur salah seorang penjual sup berhampiran menahan tangan peniaga tersebut.
Penjual sup bertanya kepada kanak-kanak itu kenapa curi ubat batuk?
"Mak saya sakit, saya tak ada duit nak bayar" jawab budak itu menangis.
Penjual sup itu mengeluarkan dompetnya dan membayar harga ubat batuk yang dicuri kepada peniaga tersebut.
Kemudian dia membungkuskan sup dan memasukkan ubat batuk yang dibayarnya tadi, lalu diserah kepada kanak-kanak itu.
Kanak-kanak itu mengambilnya dan terus lari pulang ke rumah.
30 TAHUN KEMUDIAN
Ketika sedang sibuk melayan pelanggan, tiba-tiba penjual sup jatuh pengsan tak sedarkan diri. Dia dihantar ke hospital.
Hasil pemeriksaan doktor, penjual sup tersebut mengalami ketumbuhan dalam kepala dan perlu dibedah segera.
Perbelanjaan untuk pembedahan RM100,000 dan perlu ditunaikan segera untuk menyelamatkannya.
Anak perempuan penjual sup tersebut menangis terisak-isak mengenangkan dia tidak memiliki wang sebanyak itu.
Pelbagai usaha dibuat untuk mendapatkan wang tidak berhasil termasuklah dengan menjual warung sup milik ayahnya.
Ketika sedang menjaga ayahnya di hospital dia menerima bil rawatan dan kos pembedahan ayahnya.
Apa yang menghairankan di bahagian bawah dalam bil tersebut tertulis:
"Jumlah perlu dibayar: RM0.00"
Dia pergi bertemu dengan doktor dan bertanya "kenapa jumlah perlu dibayar RM0.00 doktor?"
Doktor tersebut menjawab "kos pembedahan dan rawatan sudah dibayar oleh ayah kamu"
Dia terkejut, lalu bertanya lagi "Bila ayah saya bayar doktor?"
Doktor itu menjawab "30 tahun dahulu"
Dia menjadi lebih terkejut dan bertanya lagi "berapa banyak jumlah ayah saya bayar 30 tahun dahulu doktor?"
Doktor itu menjawab "Sebotol ubat batuk, dan sebungkus sup"
No comments:
Post a Comment