Monday, 17 June 2013

MASYARAKAT PENAN SARAWAK MOHON BANTU SELANGOR, APA YANG NAJIB & TAIB BUAT SELAMA INI?

SHAH ALAM, 17 JUN: Setelah sekian lama tidak diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri sendiri mahupun Kerajaan Persekutuan, komuniti Penan tampil meminta bantuan daripada Kerajaan Selangor.Ini kerana masyarakat Penan di kawasan pedalaman Sarawak yang bergantung hidup sepenuhnya kepada hasil hutan dan sungai kini umpama hidup dalam buangan apabila hutan ditebang bagi membina empangan.

Seorang wakil penduduk, Juliet Bulan Singa, 21, berkata, aktiviti pembalakan secara besar-besaran di kawasannya menyebabkan penduduk di situ hilang sumber makanan dan kemudahan asas.“Banyak hutan sudah diceroboh oleh aktiviti pembalakan, oleh kerana itu semua keperluan kami seperti ubat-ubatan, kayu, rotan, binatang semua sudah sukar hendak dicari,” ujarnya yang tinggal di kawasan pedalaman Long Pakan, Sarawak.Sementara itu, seorang lagi penduduk, Tabita De’, 32, berkata, sungai yang dijadikan sumber utama untuk memasak, mencuci pakaian dan membersihkan diri juga diancam kemusnahan apabila tercemar daripada aktiviti pembalakan.

“Kemudahan asas memang tiada, seperti saluran air paip, tandas dan lain-lain.“Kami sudah tiada air untuk makan, cuci dan mandi dan ramai orang kampung sudah sakit sebab guna air sungai yang sudah dicemari,” ujarnya.Disamping menghadapi masalah pembalakan, masyarakat Penan turut menghadapi masalah kesukaran mendapat kad pengenalan dan surat beranak serta beberapa kemudahan asas seperti klinik dan sekolah.

Juliet serta wakil wanita Penan ditemui ketika mengadakan perjumpaan bersama Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail di pejabatnya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.Dalam pada itu, Rodziah berkata, Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan satu bentuk bantuan khas kepada masyarakat Penan dalam pelbagai aspek.“Sebagai konklusi terhadap perjumpaan ini, saya akan hantar ke peringkat Kerajaan Negeri bagaimana bantuan secara tidak langsung boleh diberikan di bawah misi bantuan kita atas dasar kebajikan kepada rakyat di luar negeri Selangor,” ujarnya.Katanya, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim seharusnya memberikan tumpuan lebih serius terhadap masyarakat Penan yang didakwa teraniaya sekian lama.

“Jika Kerajaan Pusat tidak mahu ulangi kesilapan dahulu, maka mereka patut mendengar dan buat keputusan berkenaan kes masyarakat Penan ini,” ujarnya lagi.Rodziah turut melahirkan rasa terkilan mengenai isu keperluan asas seperti kesihatan yang tidak diambil berat oleh pihak yang bertanggungjawab.“Saya dan bersama-sama Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) yang lain akan membawa perkara ini ke tengah.“Saya cuba menyusun lawatan saya untuk berjumpa sendiri dengan Menteri Wanita untuk membincangkan hal-hal seperti ini,” ujarnya.Sebelum ini, Kerajaan Selangor telah menyalurkan bantuanRM 50,000 kepada masyarakat pribumi Sarawak bagi tujuan penambahbaikkan beberapa keperluan asas. [selangorku]

Thursday, 13 June 2013

Peperangan terbesar bukanlah perang jepun atau perang dunia ke-2 tetapi memerangi diri sendiri. Masyarakat cina telah mengamalkan perang sendiri sejak beribu tahun dahulu. Mereka diajar sejak kecil untuk berperang dengan diri sendiri untuk memajukan diri dan generasi mereka. Sebab itu kita lihat mereka menguasai ekonomi atau apa saja bidang dalam skala besar. Peperangan dengan diri sendiri bukanlah bermakna memukul atau menembak diri sendiri tetapi belajar untuk mendisiplinkan diri dan fokus pada ilmu pengetahuan. Jika kita melihat kepada pusat-pusat bandar di negara kita ini, kebanyakan cina yang kuasai lot-lot kedai dan rumah-rumah di sekeliling kawasan dipunyai masyarakat ini. Mereka pandai mencuri peluang dan mempelbagaikan peluang yang ada untuk dijadikan sebagai pusat ekonomi. Ledakan tsunami cina menggambarkan bahawa cina sudah mengetahui apa yang akan berlaku di kemudian hari dan merek sebulat suara menolak kepimpinan rasuah kerana mereka tahu malapetaka yang menanti di hadapan sana. Bukan hendak mengagungkan mana-mana bangsa tetapi itulah realiti. Lihat saja contoh semasa tahun baru cina bila cina semua bercuti. Kebanyakan bandar akan lengang. Apa cerita ada golongan tertentu yang bersikap racist mahu memboikot perniagaan cina..??? Pernahkah mereka terfikir jika cina pun buat perkara bodoh begitu ekonomi negara akan
lumpuh dalam sebulan. Bayangkan segala keperluan kita banyak bergantung kepada perniagaan mereka ini ditutup... Dari kedai, pasar, kilang, perkhidmatan dan sebagainya. Dah tentu susah. Apa yang memusykilkan disini ialah kebanyakan peniaga cina tidak ambil kisah pun dengan rancangan bodoh sesetengah pihak. Masyarakat ini lebih kepada bertindak daripada berkata sahaja. Mentaliti mereka lebih maju ke depan berbanding bangsa lain. Mereka suka persaingan sihat bukan persaingan kotor seperti diamalkan oleh kerajaan sekarang. Begitu juga dengan masyarakat melayu dari kelantan. Rata-rata kedai makan dan restoran di kl, selangor atau kawasan tumpuan di semenanjung ini banyak dikuasai oleh masyarakat melayu kelantan. Mereka keluar merantau untuk berniaga sebab dari perniagaan mereka dapat memacu ekonomi mereka. Kedua-dua bangsa ini memiliki tahap mentaliti yang macam mana..?? Mereka semua menolak bn dan menyokong pr kerana apa..??
Calon PKR Roland Engan, yang kalah bagi kerusi Parlimen Baram pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas, semalam memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi Miri untuk membatalkan keputusan bagi kerusi itu.

Pada PRU13, beliau kalah kepada calon muka baharu Barisan Nasional (BN) Anyi Ngau, iaitu bekas Pegawai Daerah Limbang dan juga bapa saudaranya dalam pertandingan tiga penjuru dengan majoriti 194 undi.

Roland memperoleh 8,988 undi berbanding 9,182 undi oleh Anyi manakala calon Bebas Patrick Sibat Sujang hanya memperoleh 363 undi dan hilang wang deposit.

Dalam petisyennya, Roland menamakan Anyi sebagai responden pertama dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Joseph Belayong Punan sebagai responden kedua.

Beliau memberi alasan mendakwa amalan rasuah dalam tempoh berkempen, kegagalan mematuhi undang-undang pilihan raya oleh responden dan keputusan undi pos dipersoalkan.

Hari ini merupakan hari terakhir bagi parti politik atau individu memfailkan petisyen pilihan raya selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewartakan keputusan PRU13 pada 22 Mei lepas...

Wednesday, 12 June 2013

Semasa rompakan di Guangzhou, China, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank: 

"Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda..."

Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.

*Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." - berfikir lain daripada yang lain!

Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!"

*Ini dipanggil sebagai "Profesional." - Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk melakukan!

Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja): "Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat."

Perompak tua menyangkal dan berkata: "kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira ? Malam ni kita nonton berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut."

*Ini dipanggil "Pengalaman." - Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas!

Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya: "Tunggu Mari kita ambil $ 10 juta daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada $ 70 juta yang kita sudah gelapkan dari bank!".

*Ini dipanggil "inovatif." - Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk keuntungan anda!

Penyelia berkata: "alang kah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit"

*Ini dipanggil "berpandangan jauh." - merancang masa depan selangkah lebih awal!

Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $ 100 juta telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira $ 20 juta.

Perompak sangat marah dan mengadu: "Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $ 20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil $ 80 juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri."

*Ini dipanggil " Pengetahuan." - pengetahuan kunci kejayaan hidup!

Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.

*Ini dipanggil "sambil menyelam minum air." - mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain!

Soalan : Siapa Perompak sebenar di sini ?

Saturday, 1 June 2013

Cara mengenali telefon anda






Kes penipuan barangan elektronik sekarang semakin menjadi-jadi sehinggakan iPhone 4S pon boleh di ciplak oleh China. Di sini ada tips macam mane nak check atau tentukan sama ada handphone tu original ataupun cap ayam.

Check it out !! Ikut langkah-langkah seperti di bawah ni :

  1. Taip *#06#
  2. Akan keluar IMEI number ( International Mobile Equipment Identity)
  3. Semak no IMEI anda, pada kedudukan ke 7 dan 8. Contoh,358671017470473
  4. Kedudukan no 7 dan 8 adalah seperti ******01*******
  5. Untuk semak sama ada phone ANDA ori atau tidak, check kod di bawah.
  • 02 atau 20 [dari Kilang Emirates atau India] = LOW QUALITY
  • 08 atau 80 [dari Kilang Germany] = FAIR QUALITY
  • 03 @ 30 atau 04 @ 40 [dari Kilang China] = GOOD
  • 06 atau 60 [dari Kilang Hong Kong, China atau Mexico] = GOOD
  • 05 atau 50 [dari Kilang Brazil, USA atau Finland] = VERY GOOD
  • 01 atau 10 [dari Kilang Finland] = VERY GOOD
  • 00 [dari Kilang Asal Handphone] = BEST MOBILE QUALITY
  • 13 [dari Kilang Azerbaijan] = VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH
Apa lagi, jom check handphone anda, moga-moga

original..!!