Peperangan
terbesar bukanlah perang jepun atau perang dunia ke-2 tetapi memerangi
diri sendiri. Masyarakat cina telah mengamalkan perang sendiri sejak
beribu tahun dahulu. Mereka diajar sejak kecil untuk berperang dengan
diri sendiri untuk memajukan diri dan generasi mereka. Sebab itu kita
lihat mereka menguasai ekonomi atau apa saja bidang dalam skala besar.
Peperangan dengan diri sendiri bukanlah
bermakna memukul atau menembak diri sendiri tetapi belajar untuk
mendisiplinkan diri dan fokus pada ilmu pengetahuan. Jika kita melihat
kepada pusat-pusat bandar di negara kita ini, kebanyakan cina yang
kuasai lot-lot kedai dan rumah-rumah di sekeliling kawasan dipunyai
masyarakat ini. Mereka pandai mencuri peluang dan mempelbagaikan peluang
yang ada untuk dijadikan sebagai pusat ekonomi. Ledakan tsunami cina
menggambarkan bahawa cina sudah mengetahui apa yang akan berlaku di
kemudian hari dan merek sebulat suara menolak kepimpinan rasuah kerana
mereka tahu malapetaka yang menanti di hadapan sana. Bukan hendak
mengagungkan mana-mana bangsa tetapi itulah realiti. Lihat saja contoh
semasa tahun baru cina bila cina semua bercuti. Kebanyakan bandar akan
lengang. Apa cerita ada golongan tertentu yang bersikap racist mahu
memboikot perniagaan cina..??? Pernahkah mereka terfikir jika cina pun
buat perkara bodoh begitu ekonomi negara akan
lumpuh dalam sebulan.
Bayangkan segala keperluan kita banyak bergantung kepada perniagaan
mereka ini ditutup... Dari kedai, pasar, kilang, perkhidmatan dan
sebagainya. Dah tentu susah. Apa yang memusykilkan disini ialah
kebanyakan peniaga cina tidak ambil kisah pun dengan rancangan bodoh
sesetengah pihak. Masyarakat ini lebih kepada bertindak daripada berkata
sahaja. Mentaliti mereka lebih maju ke depan berbanding bangsa lain.
Mereka suka persaingan sihat bukan persaingan kotor seperti diamalkan
oleh kerajaan sekarang. Begitu juga dengan masyarakat melayu dari
kelantan. Rata-rata kedai makan dan restoran di kl, selangor atau
kawasan tumpuan di semenanjung ini banyak dikuasai oleh masyarakat
melayu kelantan. Mereka keluar merantau untuk berniaga sebab dari
perniagaan mereka dapat memacu ekonomi mereka. Kedua-dua bangsa ini
memiliki tahap mentaliti yang macam mana..?? Mereka semua menolak bn dan
menyokong pr kerana apa..??
No comments:
Post a Comment