Thursday, 13 June 2013

Calon PKR Roland Engan, yang kalah bagi kerusi Parlimen Baram pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas, semalam memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi Miri untuk membatalkan keputusan bagi kerusi itu.

Pada PRU13, beliau kalah kepada calon muka baharu Barisan Nasional (BN) Anyi Ngau, iaitu bekas Pegawai Daerah Limbang dan juga bapa saudaranya dalam pertandingan tiga penjuru dengan majoriti 194 undi.

Roland memperoleh 8,988 undi berbanding 9,182 undi oleh Anyi manakala calon Bebas Patrick Sibat Sujang hanya memperoleh 363 undi dan hilang wang deposit.

Dalam petisyennya, Roland menamakan Anyi sebagai responden pertama dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Joseph Belayong Punan sebagai responden kedua.

Beliau memberi alasan mendakwa amalan rasuah dalam tempoh berkempen, kegagalan mematuhi undang-undang pilihan raya oleh responden dan keputusan undi pos dipersoalkan.

Hari ini merupakan hari terakhir bagi parti politik atau individu memfailkan petisyen pilihan raya selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewartakan keputusan PRU13 pada 22 Mei lepas...

No comments:

Post a Comment