MASYARAKAT PENAN SARAWAK MOHON BANTU SELANGOR, APA YANG NAJIB & TAIB BUAT SELAMA INI?
SHAH ALAM, 17 JUN: Setelah sekian lama tidak diberi perhatian oleh
Kerajaan Negeri sendiri mahupun Kerajaan Persekutuan, komuniti Penan
tampil meminta bantuan daripada Kerajaan Selangor.Ini kerana masyarakat
Penan di kawasan pedalaman Sarawak yang bergantung hidup sepenuhnya
kepada hasil hutan dan sungai kini umpama hidup dalam buangan apabila
hutan ditebang bagi membina empangan.
Seorang wakil penduduk,
Juliet Bulan Singa, 21, berkata, aktiviti pembalakan secara
besar-besaran di kawasannya menyebabkan penduduk di situ hilang sumber
makanan dan kemudahan asas.“Banyak hutan sudah diceroboh oleh aktiviti
pembalakan, oleh kerana itu semua keperluan kami seperti ubat-ubatan,
kayu, rotan, binatang semua sudah sukar hendak dicari,” ujarnya yang
tinggal di kawasan pedalaman Long Pakan, Sarawak.Sementara itu, seorang
lagi penduduk, Tabita De’, 32, berkata, sungai yang dijadikan sumber
utama untuk memasak, mencuci pakaian dan membersihkan diri juga diancam
kemusnahan apabila tercemar daripada aktiviti pembalakan.
“Kemudahan asas memang tiada, seperti saluran air paip, tandas dan
lain-lain.“Kami sudah tiada air untuk makan, cuci dan mandi dan ramai
orang kampung sudah sakit sebab guna air sungai yang sudah dicemari,”
ujarnya.Disamping menghadapi masalah pembalakan, masyarakat Penan turut
menghadapi masalah kesukaran mendapat kad pengenalan dan surat beranak
serta beberapa kemudahan asas seperti klinik dan sekolah.
Juliet serta wakil wanita Penan ditemui ketika mengadakan perjumpaan
bersama Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail di
pejabatnya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari
ini.Dalam pada itu, Rodziah berkata, Kerajaan Negeri akan
mempertimbangkan satu bentuk bantuan khas kepada masyarakat Penan dalam
pelbagai aspek.“Sebagai konklusi terhadap perjumpaan ini, saya akan
hantar ke peringkat Kerajaan Negeri bagaimana bantuan secara tidak
langsung boleh diberikan di bawah misi bantuan kita atas dasar kebajikan
kepada rakyat di luar negeri Selangor,” ujarnya.Katanya, Menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim
seharusnya memberikan tumpuan lebih serius terhadap masyarakat Penan
yang didakwa teraniaya sekian lama.
“Jika Kerajaan Pusat tidak
mahu ulangi kesilapan dahulu, maka mereka patut mendengar dan buat
keputusan berkenaan kes masyarakat Penan ini,” ujarnya lagi.Rodziah
turut melahirkan rasa terkilan mengenai isu keperluan asas seperti
kesihatan yang tidak diambil berat oleh pihak yang
bertanggungjawab.“Saya dan bersama-sama Ahli Parlimen Pakatan Rakyat
(PR) yang lain akan membawa perkara ini ke tengah.“Saya cuba menyusun
lawatan saya untuk berjumpa sendiri dengan Menteri Wanita untuk
membincangkan hal-hal seperti ini,” ujarnya.Sebelum ini, Kerajaan
Selangor telah menyalurkan bantuanRM 50,000 kepada masyarakat pribumi
Sarawak bagi tujuan penambahbaikkan beberapa keperluan asas.
[selangorku]
No comments:
Post a Comment